Rebat Tanpa Tuntutan berdasarkan Model Wakalah


Pada masa ini,Takaful Malaysia merupakan Syarikat Takaful PERTAMA dan TUNGGAL di dalam Negara yang menawarkan tambahan 15% Rebat Tanpa Tuntutan untuk semua peserta yang menyertai Produk Am dan Takaful Keluarga yang terpilih. Rebat akan dibayar sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan.

Rebat ini dapat dilaksanakan oleh kerana model perniagaan Wakalah Takaful Malaysia diasas berdasarkan kewajipan-kewajipan serta amalan Syariah. Ia menjunjung semangat kerjasama, muafakat, keseluruhannya seperti yang terkandung di dalam konsep Takaful dan prinsip perkongsian keuntungan Wakalah. Model Wakalah yang diterima pakai oleh Takaful Malaysia boleh dianggap sebagai satu usaha antara Takaful Malaysia sebagai pengendali dengan peserta-peserta sebagai pembiaya dana di mana setiap peserta bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain terhadap kehilangan atau kerugian yang mungkin menimpa mana-mana peserta. Pengendali Takaful adalah pentadbir dana dan menguruskan dana atas dasar amanah bagi pihak peserta-peserta.