Korporat/Organisasi

SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING
Dengan mengambil kira kenaikan caj-caj Hospital dan Pembedahan, Skim ini direka khas untuk mengurangkan beban kewangan pihak Majikan ke atas pekerja asing sekiranya pekerja asing tersebut dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat disebabkan oleh kemalangan atau penyakit.
BUTIR MANFAAT JUMLAH (RM)
1 (a) Bilik Hospital dan Makan Harian (Maksimum sehingga 30 hari) Sebagaimana menurut bayaran yang selaras dengan Bilik dan Makan Kelas Ketiga (ke-3) sehingga maksimum RM60 sehari di Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat mengikut Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982
1 (b) Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari)
2 Bekalan dan Khidmat Hospital
3 Bilik Bedah
4 Fi Pembedahan (Tidak termasuk transplant organ)
5 Fi Pakar Bius
6 Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
7 Lawatan pakar Perundingan Dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
8 Fi Ambulan atau Fi Laporan Perubatan
Had Tahunan Keseluruhan Maksimum (Butiran 1-8) RM10,000.00
CARUMAN TAHUNAN: RM120.00 bagi setiap orang yang dilindungi