
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) diperbadankan pada
29 November 1984. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500
juta dan modal berbayar ialah RM162.817 juta. Ia mula beroperasi pada 22
Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Perbadanan
Takaful Malaysia adalah atas sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian
Penubuhan Syarikat Insurans Islam di Malaysia" (Pasukan Petugas)
ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1981. Pasukan Petugas dalam
laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan
prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memandangkan
para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan
berasaskan prinsip ini.
Takaful Malaysia dijadikan sebuah
syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan penyenaraian
sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di Bursa Malaysia
Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55 juta. Struktur
modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh urusan penyusunan
semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar
Takaful Malaysia kini berjumlah RM162.817 juta.
BIMB Holdings
Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 65.22% di
Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 51.00%
subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan perbankan
dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam broker
saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar pesisir.
Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara
aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal
Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari
Lembaga Tabung Haji selepas menambahkan pemilikan saham dalam BIMB
Holdings Berhad kepada 51.47%.
Visi & Misi
Visi: Menjadikan kami pilihan utama insurans
Matlamat kami adalah untuk melangkaui jangkaan/harapan pelanggan melalui:
- Kecemerlangan Operasi
- Kebolehan Dalam Daya Saing Teknologi
- Inovasi Produk
- Budaya Kerja Berorientasikan Prestasi
Di dalam usaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham